Tumpuan :
Nasional

UiTM komited perkasa pendidikan bumiputera bersama KKB

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin bersama wakil pengurusan Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) di Majlis Penyerahan Insentif dan Peluncuran Laporan Impak KKB UiTM.

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus komited dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada golongan Bumiputera, menerusi Program Usahasama UiTM dan Kolej-Kolej Bersekutu (KKB).

Program yang diperkenalkan sejak tahun 1992 memberi peluang akses pendidikan tinggi terutamanya dari kelompok B40.

Justeru, melalui Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) telah berlangsung Majlis Penyerahan Insentif dan Peluncuran Laporan Impak KKB UiTM bagi menghargai sumbangan dan pencapaian institusi terbabit.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, sehingga kini, sebanyak 11 KKB aktif menawarkan 15 program akademik di seluruh negara, memberikan peluang pendidikan kepada pelajar Bumiputera yang berkelayakan tetapi tidak mendapat tempat di Universiti Awam (UA),.

“Program Usahasama UiTM yang dilaksanakan melalui KKB telah memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada golongan Bumiputera, terutamanya dari kelompok B40.

“Ia membuktikan komitmen UiTM dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing dalam pelbagai bidang,” katanya.

Antara Kolej-Kolej Bersekutu yang terlibat dalam majlis ini adalah Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), Melaka International College of Science & Technology (MiCost), East West International College, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Kolej UNITI, Kolej Antarabangsa Unifield, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kolej Yayasan Pahang, Kolej Widad, Kolej SATT, dan Kolej FELCRA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini