comscore
Tumpuan :
Nasional

UiTM kekal kedudukan 101-200 seluruh dunia dalam The Impact Rankings 2023

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengekalkan prestasi dalam menegakkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila berada dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 selama empat tahun berturut-turut.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah berkata, pada tahun ini UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada tangga 101-200 daripada 1,591 kedudukan institusi di seluruh dunia, dengan skor keseluruhan 85.9 berbanding 82.8 pada tahun lalu.

“Sebagai sebuah universiti, kami menyokong SDG dengan empat cara iaitu melalui pengajaran, penyelidikan, stewardship dan outreach.

Justeru, prestasi kami dalam THE Impact Rankings mencerminkan inisiatif kami ke arah menyokong SDG dan usaha kami untuk menyokong komitmen Malaysia Madani ke arah kemampanan dan kemakmuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu mengekalkan kedudukan UiTM sebagai universiti kedua tertinggi di Malaysia di belakang Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang juga menduduki tangga yang sama.

Untuk permarkahan bagi tahun ini, UiTM menghantar data untuk lapan SDG daripada syarat 17 kategori SDG yang diletakkan.

“Tahun ini, UiTM berada dalam kedudukan 50 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG iaitu SDG17 (Partnership for the Goals), SDG5 (Gender Equality) dan SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions),” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik di seluruh dunia untuk tiga SDG iaitu SDG7 (Affordable and Clean Energy), SDG4 (Quality Education) dan SDG 1 (No Poverty).

SDG5 (Gender Equality) pencapaian UiTM adalah jauh lebih baik pada kedudukan ke-33 dengan lonjakan 18 tempat daripada kedudukan ke-51 tahun lalu.

Untuk SDG16 (Peace, Justice and Strong Institutions) yang kali pertama disertainya, UiTM mencapai kedudukan ke-38 dunia.

SDG17 (Partnership for the Goals) yang merupakan SDG wajib untuk semua institusi dalam THE Impact Rankings, UiTM menduduki tempat ke-25 dengan lonjakan 17 anak tangga daripada kedudukan ke-42 pada tahun lalu.

Dua lagi SDG yang disertai UiTM pada tahun ini ialah SDG3 (Good Health and Wellbeing) dan SDG11 (Sustainable Cities and Communities).

Loading...
Terkini