SHAH ALAM: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi sesi 2024/2025mencatat peningkatan jumlah pelajar yang mengundi iaitu sebanyak 72.27% pelajar berbanding 71.51% pelajar pada tahun 2023.
Proses pemilihan itu dijalankan di 34 kampus UiTM di seluruh Malaysia dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPJPP).
Pelaksanaan pemilihan MPP ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasa suara mahasiswa dan meningkatkan penyertaan mereka dalam pengurusan aktiviti persatuan di peringkat kampus, termasuk proses pemilihan wakil pelajar.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, pelajar UiTM telah menunjukkan komitmen dalam mengendalikan pemilihan MPP ini.
“Proses pemilihan ini bukan sekadar latihan kepimpinan bagi mahasiswa, tetapi juga medan bagi mereka menghadapi dan menyelesaikan cabaran secara bijaksana,” ujarnya pada majlis pengumuman rasmi senarai barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM sesi 2024/2025 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.