comscore
Tumpuan :
Nasional

Ucaptama PM di EEF ke-9 berpaksikan kedudukan serta peranan besar negara membangun

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Ucaptama Perdana Menteri pada acara kemuncak sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Vladivostok, Rusia, berpaksikan kedudukan serta peranan besar negara-negara membangun atau ‘global south’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dalam mencatur jalur baharu tatanan dunia berasaskan budaya wacana yang segar, sikap hormat, prinsip kesaksamaan dan kebersamaan.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

“Saya menekankan betapa wujud pelbagai ruang dan peluang terutamanya dalam membangun sebuah kerjasama yang lebih erat dan dekat terutamanya dengan Persekutuan Rusia.

“Tidak mungkin negara dapat melonjak ke depan sekiranya aspek ini dikesampingkan, malah ia tidak seharusnya berhenti di sini dan mesti disemarakkan,” katanya dalam status di Facebooknya malam ini.

Tambahnya, di peringkat awal ucapan beliau turut mengambil peluang untuk menegaskan bahawa Rusia kaya dengan warisan kesusasteraan yang mesti dimanfaatkan kemanusiaan terutamanya menerusi karya-karya penting.

“Figura seperti Dostoevsky dan Tolstoy yang semestinya memanusia kita dan sarat dengan iktibar,”ujarnya.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Ucapan penghargaan turut dizahirkan Datuk Seri Anwar kepada Presiden Vladimir Putin tatkala memanjangkan jemputan kepada Malaysia untuk hadir bersama ke Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada Oktober tahun ini.

“Selain Rusia sebagai rakan penting, tidak dilupakan peranan China terutamanya usaha dan strategi merungkai permasalahan kemiskinan, yang pastinya boleh dicontohi kita, selain secara bersama berdialog dalam pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama,” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar berkongsi pentas yang sama dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Naib Presiden China, Han Zheng bagi sesi berkenaan.

EEF ke-9 itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja dua hari Datuk Seri Anwar ke Rusia bermula semalam.

Ia merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini