Tumpuan :
Nasional

TYT Pulau Pinang menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 4000 jemaah


Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri, di sini, bersama 4,000 jemaah.

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.30 pagi disambut Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Mufti negeri, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Turut serta, barisan EXCO negeri dan ketua jabatan serta agensi kerajaan.

Solat sunat diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Nordin Samah dan diikuti khutbah bertajuk ‘Syawal Dihayati Dosa Dihindari’.

Selesai menunaikan solat, Tun Ahmad Fuzi turut meluangkan masa beramah mesra, bersalaman dengan orang awam dan menyampaikan duit raya.

Loading...
Terkini