Tumpuan :
Nasional

TYT Melaka luang masa lebih 3 jam tinjau operasi Balai Berita Media Prima

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid pada lawatan rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Berita Bangsar. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini berkunjung ke Balai Berita Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Jalan Riong, di sini.

Dalam lawatan itu, Mohd Ali meluangkan masa lebih tiga jam bertemu dengan pengurusan tertinggi Media Prima.

Mohd Ali kemudian melawat studio membabitkan stesen televisyen Media Prima iaitu TV3, TV9, 8TV serta bilik berita The New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (BH) di bawah The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

Foto: NSTP

Sebelum berangkat pulang, beliau dibawa meninjau operasi Konti Radio Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Kehadiran Mohd Ali diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian AlJunid dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.

Turut serta Ketua Pegawai Operasi (COO) Media Prima Omnia, Datuk Mohd Effendi Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran; Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima dan Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Abd Karim.

Foto: NSTP

Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin; Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz.

Pengarang Kumpulan NCA Rangkaian Televisyen, Azhari Muhidin; Pengarang Kumpulan BH, Zulkifli Jalil; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Timbalan Pengarang Kumpulan NST, Sharanjit Singh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini