comscore
Tumpuan :
Nasional

TVET kurangkan kebergantungan tenaga mahir dari luar negara

 

Foto: Zambry Abd. Kadir / Facebook

LUMUT: Pemerkasaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara menyeluruh akan meminimumkan kebergantungan Malaysia terhadap kepakaran tenaga mahir dari luar negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, antara pendekatan yang diguna pakai adalah dengan memperluaskan bidang pengajian TVET ini ke peringkat tertinggi melalui Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Rangkaian MTUN ialah gabungan empat universiti berasaskan teknikal iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Beliau berkata, Rangkaian MTUN menyediakan laluan kepada pelajar lepasan TVET peringkat sijil atau diploma untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Datuk Seri Zambry ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan bernilai RM150 menerusi ‘Program Kembali Ke Sekolah 2024’ kepada 1,000 pelajar dari keluarga B40 di sekitar kawasan Parlimen Lumut di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini