Tumpuan :
Nasional

Tutup Taman Eko Rimba Ulu Bendul jika hujan berterusan, elak kepala air – YDP Majlis Daerah Kuala Pilah

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap

KUALA PILAH: Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini akan ditutup sementara kepada kunjugan orang ramai jika hujan berterusan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd Faizal Abd Manap berkata, ia sebagai tindakan berjaga-jaga selain mengelakkan insiden yang tidak diingini termasuk fenomena kepala air.

Katanya berikutan itu , jabatan perhutanan daerah juga sudah diarahkan untuk membaiki siren kecemasan sebagai isyarat kepada pengunjung yang datang terutama membabitkan kejadian kepala air.

“MDKP juga telah memasang papan tanda amaran peringatan supaya pengunjung keluar dari kolam mandi di situ apabila cuaca hujan,” katanya kepada media hari ini.

Mohd Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah berkata, pihaknya telah selesai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah bulan lalu yang di hadiri oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil Parlimen serta ketua jabatan berkenaan.

FOTO: Ihsan pembaca

Katanya Jabatan Meteorologi memaklumkan Kuala Pilah akan mengalami monsun peralihan dan disusuli dengan Monsun Timur Laut pada bulan November nanti.

Katanya semua pihak diarahkan membuat persiapan dan bersiap siaga menghadapi musim banjir dan hujan lebat.

” Kita tidak menolak kemungkinan untuk menutup sementara kawasan rekreasi itu sekiranya hujan berterusan demi keselamatan orang ramai,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini