comscore
Tumpuan :
Nasional

Tuntutan Sulu: Malaysia alu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague

FOTO: NSTP

Oleh: Ridhuan Hussain

VIENTIANE: Kerajaan Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang telah memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara yang tidak sah dan disalahgunakan pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha oleh Pihak yang Menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.

Artikel berkaitan: Mahkamah The Hague tolak tuntutan Kumpulan Sulu

“Menang Alhamdullillah. Dapat menamatkan satu episod yang tidak baik untuk negara yang mencabar kedaulatan Malaysia. Mereka gagal kita syukur Alhamdulillah.” katanya ketika ditemui media selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di sini.

Foto: Reuters

Keputusan ini jelasnya merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun lalu.

Kerajaan Malaysia turut yakin dengan perkembangan baharu itu, Kerajaan semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya Final Award yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang menuntut yang berjumlah hampir USD15 bilion yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa sekali gus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebahagian daripada sejarah.

Malaysia percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan The Hague hari ini, bersama-sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia Pihak yang Menuntut untuk menguatkuasakan Final Award di negara-negara lain.

Datuk Seri Anwar turut turut menegaskan Kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk
melindungi kedaulatan, keselamatan negara dan kepentingan negara.

Kes Sulu ini tambahnya telah membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia MADANI.

Loading...
Terkini