comscore
Tumpuan :
Nasional

Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar

Foto: HRH Crown Prince of Johor/Facebook

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.

Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri telah bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68 peratus.

Selain RTS, Anwar dan Lee turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong, di sebuah hotel, di sini.

Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri. — BERNAMA

Loading...
Terkini