Tumpuan :
Nasional

Tunku Ampuan Najihah mangkat

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.

Loading...
Terkini