comscore
Tumpuan :
Nasional

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas senator dan aktivis, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, meninggal dunia pada usia 89 tahun hari ini.

Kematiannya disahkan oleh anak saudaranya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, menerusi perkongsian di Instagram.

Tunku Aziz menyertai DAP pada 2008 dan pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu, sebelum meninggalkannya pada tahun 2012.

Ketika hayatnya, beliau membantu mengasaskan Transparency International Malaysia pada 1998 dilantik sebagai Naib Pengerusinya sehingga Oktober 2002.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Kofi Annan yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Februari 2006 hingga Januari 2007.

Loading...
Terkini