KUALA LUMPUR: Dikatakan dengan sengaja menayang kertas undi kepada petugas media, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,
Tindakan Sanusi itu mengundang kritikan pengguna media sosial, apabila gambar itu mempamerkan pilihannya pada kertas undi, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.
Dikatakan dengan sengaja menayang kertas undi kepada petugas media, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. pic.twitter.com/Ecc3CNI25B
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 12, 2023
Mengikut akta berkaitan, perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Perkara (39), yang menyebut – tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.
Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan kejadian seumpama itu pernah berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut pada 2013, apabila calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman melakukan perbuatan yang serupa, dan ditegur oleh Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.