comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Mahathir dirawat di IJN akibat jangkitan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebok rasmi Dr Mahathir.

Menerusi hantaran itu, turut disertakan dua keping gambar yang memaparkan Dr Mahathir sedang menulis dan menyemak beberapa fail di wad IJN pada Khamis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang berusia 98 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Januari tahun lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari 2022 namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari tahun yang sama.

Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu dan dibenarkan keluar pada 4 September 2022.

Loading...
Terkini