Tumpuan :
Nasional

PRN 2023: Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah selesai mengundi di DUN Anak Bukit

Foto: Ihsan facebook/Dr. Mahathir bin Mohamad

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

Beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dan kedua-duanya selesai mengundi pada 9.22 pagi.

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, setakat pagi ini beliau melihat tidak ramai pengundi berada di pusat pengundian dan menyeru agar rakyat Kedah keluar mengundi sebelum pusat itu ditutup.

Foto: Ihsan facebook/Dr. Mahathir bin Mohamad

Bekas ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu berkata, pengundian pada PRN ini penting bagi menentukan parti mana akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

“Kadang-kadang orang kita ini tak ambil berat jadi tak keluar mengundi, sepatutnya dia keluar mengundi kerana ini untuk menentukan masa depan. Tapi ada orang mungkin bosan rasa mengundi tak jadi apa…ini perasaan tak bertanggungjawab,” katanya.

Loading...
Terkini