comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Daim meninggal dunia: Keluarga, kenalan beri penghormatan terakhir

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir menziarahi jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kediamannya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar & Mas Zharif Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Suasana hiba menyelubungi perkarangan kediaman bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebaik jenazah tiba di Bukit Tunku, sekitar jam 12.30 tengahari tadi.

Selain ahli keluarga dan sahabat handai, beberapa kelibat tokoh politik turut dilihat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengikut maklumat yang diberikan keluarga, jenazah akan diuruskan dan disolatkan di sini sebelum dibawa ke Masjid Wilayah untuk urusan seterusnya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1, selepas solat Asar.

Allahyarham Tun Daim menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.21 pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya akibat strok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini