comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Daim meninggal dunia

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.21 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta, di sini.

Difahamkan Allahyarham Tun Daim mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jenazah Allahyarham telah pun dibawa keluar dari Jabatan Forensik hospital sekitar jam 11.10 pagi dan difahamkan akan dibawa ke kediaman beliau di Persiaran Bukit Tunku.

Mengikut maklumat awal, jenazah akan disolatkan selepas waktu asar nanti di Masjid Wilayah.

Sementara itu berita pemergian Allahyarham turut disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Tun Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, iaitu yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Allahyarham kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini