comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Abdul Taib selamat di kediaman bersama isteri

Bekas Yang di-Pertua negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud disahkan berada di kediamannya di Kuching bersama isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib. FOTO: Facebook

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan selamat selepas didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata mengesahkan bahawa Taib kini berada di kediamannya di Kuching, Sarawak bersama isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata

“Siasatan masih diteruskan oleh polis,” katanya, lapor sebuah portal berita.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan mendakwa Tun Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Menurut laporan polis yang tular, Tun Abdul Taib, 87, dibawa keluar dari unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching pada lewat malam Sabtu.

Seorang ahli keluarga terdekat didakwa mencabut semua peralatan perubatan pada tubuh Tun Abdul Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital, dan membawanya keluar menggunakan kerusi roda, sebelum menaiki kenderaan.

Tun Abdul Taib berkhidmat selama tiga penggal sebagai Yang di-Pertua Sarawak daripada 1 Mac 2014 hingga 26 Jan lalu, sebelum digantikan oleh Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini