![](https://media.buletintv3.my/2023/08/TbjwNUxJ-BULETIN-TV3-18.jpg)
KUCHING : Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud disahkan sihat dan sedang berehat di hospital luar negara
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak menerima laporan daripada pihak hospital terbabit yang mengesahkan keadaan kesihatan ketua negeri itu.
“Penjelasannya begini, beliau (Abdul Taib) sedang bercuti, tetapi tiba-tiba beliau sakit di luar negara.
“Keadaannya sekarang sudah pulih dan beliau masih berehat, selepas itu beliau akan balik (ke Sarawak),” katanya selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.