KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan baik dan sihat.
Jaminan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri, Junih Salleh Ahmad menerusi satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut Junih, semua laporan berhubung status kesejahteraan Tun Abdul Taib selain kenyataan daripada pihak Astana Negeri Sarawak adalah palsu dan tidak benar.
Sehubungan itu, beliau juga berharap semua khabar angin mengenai Yang di-Pertua Negeri dihentikan.