Tumpuan :
Nasional

Tumpahan minyak diesel Sungai Slim, LUAS sahkan tiada kesan minyak, bau abnormal

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan tiada kesan minyak dan bau abnormal dikesan susulan insiden tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Slim, Perak, malam tadi.

LUAS berkata, pihaknya menamatkan pemantauan pada jam 7 pagi hari ini selepas mendapati kualiti air di Sungai Bernam berada dalam keadaan baik.

“Kami dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melaksanakan pemantauan rapi sepanjang malam di Sungai Slim, Sungai Bernam dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headwork (BRH) di mana bacaan kualiti air (kadar bau) dianalisa setiap jam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini.

Sehubungan itu, LUAS akan menjalankan pemantauan susulan di lokasi-lokasi berkaitan dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan tiada potensi serta risiko lain yang boleh menyebabkan permasalahan kepada Sungai Bernam dan sumber air.

Terdahulu, insiden tumpahan minyak diesel dikesan jam 8 malam dengan maklumat berkaitan diterima daripada pihak berkuasa negeri Perak.

Kawasan tadahan Sungai Slim terbabit merupakan sebahagian daripada lembangan Sungai Bernam di Perak yang mana aliran itu juga masuk ke Sungai Bernam, Selangor.

Pemantauan statik kemudian diaktifkan dan keadaan adalah terkawal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini