comscore
Tumpuan :
Nasional

Tulisan ‘LGBTQ’ pada jam tangan Swatch yang dirampas KDN

Koleksi jam tangan yang dikaitkan dengan komuniti LGBT

KUALA LUMPUR: Jam tangan Swatch yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal bulan ini kerana tulisan ‘LGBTQ’ jelas tertera di permukaan jarumnya.

Huruf LGBTQ merujuk kepada golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jam tangan dengan model yang sama tidak dijual di negara seperti Emeriah Arab Bersatu (UAE).

“Ia tidak dijual di negara berkenaan kerana mereka (Swatch) tahu sensitiviti agama di sana.

“Jam tangan itu jelas tertera perkataan LGBTQ dan KDN bertindak atas aduan awam,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 buah kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung “Koleksi Pride” jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek dilaporkan berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menegaskan rampasan jam tangan itu bukan berkaitan warna tetapi ia ada kaitan dengan isu LGBT. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini