Oleh Safwan Sawi
KOTA KINABALU: Tukang cat kereta maut akibat terkena renjatan elektrik di luar bengkel di Kampung Sinulihan, Inanam, di sini, awal pagi semalam.
Mangsa Muhammad Nur Karim, 41 tahun, ditemukan oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Wanita Wanita dan Kanak-kanak Likas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima panggilan pada 5.20 pagi, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, rakan mangsa memberitahu dia terdengar jeritan lelaki itu yang keluar berehat di belakang bengkel cat kereta terbabit.
“Rakan lelaki itu bergegas ke belakang bengkel dan mendapati mangsa dalam keadaan berdiri sambil memegang besi pagar.
“Rakan mangsa cuba menarik mangsa, tetapi merasai ada arus elektrik sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.01 pagi.