comscore
Tumpuan :
Nasional

Tujuh negeri dijangka berdepan cuaca buruk

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri termasuk Sarawak dan Sabah sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan lima negeri di semenanjung yang dijangka mengalami cuaca sama ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Perak, kawasan yang diramalkan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Kelantan yang sedang menghadapi musim panas ketika ini cuma satu kawasan terlibat iaitu Pasir Puteh.

Di Terengganu, kawasan terlibat akan meluas meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin manakala Johor di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat juga agak luas meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Meradong), Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah ia membabitkan kawasan pedalaman seperti di Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan serta di pantai barat meliputi Ranau dan Kota Belud, Tongod di Sandakan dan Kota Marudu di Kudat.

Amaran ribut petir itu dikeluarkan oleh METMalaysia jam 2.50 petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini