comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tuduhan melulu tanpa bukti cemar imej JIM – CUEPACS

 

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Tuduhan melulu terhadap tanpa bukti terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bukan sahaja mencemarkan imej malah memberi persepsi yang buruk kepada perkhidmatan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata sekiranya wujud budaya rasuah, ia perlu dilaporkan dengan bukti jelas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tuduhan tanpa bukti atau asas ini hanya mengundang penghakiman awam oleh masyarakat dan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam.

CUEPACS memandang serius tuduhan berat yang dilemparkan kepada JIM berkaitan budaya rasuah yang kononnya wujud dalam kalangan petugas di pintu masuk negara.

Dalam hal ini CUEPACS bersolidariti sepenuhnya dengan JIM selagi mana tiada pelanggaran undang-undang dibuktikan oleh pihak berkuasa.

Tiada isitlah ‘kebal’ terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati melakukan kesalahan begitu juga pihak luar yang mencampuri urusan dalaman agensi kerajaan,” katanya melalui satu kenyataan.

Tambah Adnan lagi, CUEPACS turut mengesyorkan agar kerajaan menyegerakan pelaksanaan pemakaian kamera badan kepada petugas di pintu masuk negara sebagai langkah penambahbaikan dari segi aspek penugasan membabitkan pematuhan integriti serta keselamatan petugas.

Katanya, dengan adanya kamera badan, pegawai akan sentiasa berada dalam keadaan sedar bahawa gerak geri mereka dirakam dan akan sentiasa bersikap professional dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab.

“Jika ada sebarang tohmahan mengenai pecah amanah atau salah laku seperti kes-kes yang tular sebelum ini, kita dapat lihat daripada klip rakaman kamera badan tersebut untuk mempermudahkan siasatan.

Kamera CCTV di pintu masuk negara juga perlu ditambah baik supaya dapat berfungsi dengan lebih efisien,” katanya lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan Adnan selepas beliau mengadakan lawatan bagi menyantuni serta meninjau operasi petugas-petugas JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Loading...
Terkini