comscore
Tumpuan :
Nasional

TUDM nafi bunyi letupan di Ipoh berpunca dari dentuman “Sonic Boom”

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menolak dakwaan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh semalam, berpunca dari dentuman “Sonic Boom” pesawat pejuangnya.

Dalam kenyataannya, TUDM menegaskan bahawa tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut pada masa kejadian.

Turut disangkal, dakwaan keberadaan pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.

Justeru, TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Semalam, satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya ini.

Ketua Polis negeri Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan kemudiannya memaklumkan siasatan awal mendapati tiada aktiviti letupan kuari dijalankan ketika waktu kejadian.

Beliau turut menolak dakwaan pengguna media sosial bahawa kejadian itu kesan dari latihan berkaitan letupan dari pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Loading...
Terkini