comscore
Tumpuan :
Hiburan

Tuah Aina Abdul di hari pertama SFMM38

Aina Abdul ketika mempersembahkan lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ di SFMM38 di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM: Lagu nyanyian Aina Abdul, ‘Jangan Mati Rasa Itu’ diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada saingan hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) hari ini.

Aina yang juga komposer dan penulis lirik lagu itu, membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Aina membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000.

Lebih manis, ‘Jangan Mati Rasa Itu’ turut diangkat sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian peminat, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.

Karya lain yang turut bersaing hari ini ialah ‘Inilah Jalannya’ (Masdo), ‘Oh Wanita’ (Khai Bahar), ‘Waktu’ (Hasif Upin & Ziana Zain), ‘Kucuma’ (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah) dan ‘Kaulah Syurga’ (Khai Bahar & Lia Aziz).

Turut bertanding, ‘Tusuk’ nyanyian Shiha Zikir, ‘Hasrat’ (Amir Jahari), ‘Ilusi’ (Marsha Milan Ft. Hazama), ‘Bahagia Milik Kita’ (Syamel) dan ‘Racun’ (Elica Paujin Ft. Dem Lepak).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 hingga 17 Disember 2023, jam 3 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3.

Anda juga boleh strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini