comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Treler terbakar akibatkan kesesakan ke Gombak

GOMBAK: Sebuah treler dilaporkan terbalik dan terbakar hingga menghalang laluan di kilometer (KM) 27.8 arah barat Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di media sosial memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.25 petang.

“Kemalangan di KM 27.8 arah Barat dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

“Semua lorong terhalang. Trafik terhenti. Sila gunakan laluan alternatif keluar ke Persimpangan Genting Sempah bagi kenderaan dari Timur ke Kuala Lumpur,” katanya.

Setakat ini, punca dan jumlah mangsa kemalangan masih belum diketahui.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini