Tumpuan :
Nasional

Treler melintang, lebuhraya sesak lebih 10km

Foto tular

BATU PAHAT: Leburaya Utara-Selatan arah utara sesak lebih 10 kilometer susulan sebuah treler melintang selepas kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, petang tadi.

Kemalangan berlaku pada jam 4.45 petang itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta cedera manakala pemandu treler dan Toyota Vios terselamat.

Insiden itu juga menyebabkan berlaku kesesakan berlaku di susur keluar Plaza Tol Ayer Hitam menghala ke Parit Raja.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Shahril Razali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Yong Peng dan Ayer Hitam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera memberi bantuan kepada kesemua mangsa kemalangan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, PLUS memaklumkan pihaknya terpaksa membuka lorong kiri bagi mengatasi kesesakan akibat kemalangan di Kilometer 96, dari Ayer Hitam ke Yong Peng (Utara).

“Lorong kanan kedua-dua arah masih ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

“Trafik masih sesak di pekan Yong Peng, Jalan Kluang, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, Jalan Yong Peng-Labis, Jalan Yong Peng-Batu Pahat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini