comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Sungai Jahang: Polis sudah rakam keterangan 19 individu

KAMPAR: Polis sudah mengambil keterangan 19 individu untuk membantu siasatan kes tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, Gopeng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata mereka terdiri rakan mangsa yang menyertai aktiviti sukan air itu serta jurupandu.

“Lebih ramai akan dipanggil memberi keterangan selepas ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, tiga pegawai JKR dilaporkan lemas selepas bot rafting yang mereka naiki menyusuri Sungai Jahang terbalik akibat kejadian kepala air.

Mereka ialah Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Suhaili Mat Saad, 47; Penolong Jurutera Kanan JKR Daerah Langkawi, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Langkawi, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29.

Sementara itu, Mohamad Nazri berkata, hasil bedah siasat di Hospital Kampar mendapati punca kematian ketiga-tiga mangsa adalah akibat ‘asphyxia secondary to drowning’ atau saluran pernafasan terhalang akibat lemas.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini