BESUT: Kerja-kerja mencari dan menyelamat SAR diteruskan selepas lebih 16 jam tragedi runtuhan bangunan di sebuah resort yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
Ketua Zon 1 JBPM Terengganu Penguasa Kanan Bomba Satu Yusmaredza Mirza Mohd Ali berkata ketika ini kerja- kerja memecah konkrit dan membuat akses laluan ke lokasi dipercayai mangsa berada sedang dilakukan.
Pasukan penyelamat turut dibantu anjing K9 bagi mengesan mangsa melalui laluan yang dibuat.
SAR dibuat secara penggiliran anggota di bahagian tengah Bangunan.
Tragedi yang berlaku jam 6.00 pagi tadi itu membabitkan tujuh mangsa tertimbus.
Bagaimanapun enam mangsa ditemui selamat manakala satu lagi mangsa dikenali sebagai Suparno masih belum ditemui.