comscore
Tumpuan :
Nasional

 Tragedi kereta api: pihak bertanggungjawab dikenal pasti 

Foto : Reuters

INDIA : Pihak bertanggungjawab di atas tragedi kereta api terburuk dalam tempoh dua dekad di India sudah dikenal pasti.

Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw bagaimanapun enggan mendedahkan butiran suspek kerana ia dianggap tidak wajar sebelum laporan siasatan berakhir

Angka kematian tragedi itu diturunkan kepada 288 orang selepas mendapati beberapa mayat dikira dua kali.

Menurut Vaishnaw lagi, kemalangan disebabkan perubahan yang berlaku semasa ‘interlock’ elektronik, sebuah mekanisme keselamatan yang direka untuk mengelakkan pergerakan bercanggah antara kereta api

Foto : Reuters

Tambahnya, indivdu yang bertanggungjawab dan bagaimana ia berlaku akan didedahkan selepas siasatan selesai.

Usaha menyelamat diumumkan berakhir petang semalam selepas kakitangan kecemasan mengeluarkan mangsa terakhir

Kini usaha tertumpu bagi operasi membersihkan landasan.

Loading...
Terkini