Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air, seorang wanita maut tiga kanak-kanak masih hilang 

 

BIDOR: Wanita ditemukan lemas manakala tiga lagi kanak-kanak dilaporkan hilang dalam tragedi kepala air ketika berkelah di sungai dekat Kampung Poh, hari ini.

Dua lagi wanita dan seorang kanak-kanak disahkan selamat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 4.03 petang.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat(SAR) melibatkan 3 pegawai dan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dan Unit PPDA BBP Teluk Intan dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, terdapat tujuh mangsa terbabit dalam kejadian kepala air yang membabitkan tiga wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

“Mangsa yang maut dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa berkelah oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Tiga kanak-kanak yang masih hilang dilaporkan berusia 2 hingga 7 tahun.

SAR dilaksanakan dengan pencarian di sepanjang sungai bermula dari lokasi kejadian. 

Bantuan Unit Pengesan K9 JBPM turut digunakan dalam operasi ini.

Sayani berkata, kesemua mangsa dipercayai pergi berkelah dan operasi mengesan serta mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini