Tumpuan :
Nasional

Tragedi kepala air, pertama kali berlaku di Jeram Mawar – Penduduk 

Mat Nasir Muda

KEMAMAN: Kejadian kepala air di Jeram Mawar, Kampung Air Putih pertama kali berlaku sehingga melibatkan 10 mangsa dengan sembilan daripadanya sekeluarga.

Menurut penduduk, lokasi kejadian terkenal dalam kalangan kaki pancing tempatan, namun kebanyakan pengunjung rata-ratanya bukan dari kawasan itu.

Artikel penuh: Tragedi kepala air: Bapa reda hilang sembilan ahli keluarga sekelip mata

Maka tidak hairan sekiranya mereka tidak mahir mengenai fenomena kepala air dan masih meneruskan aktiviti mandi-manda meskipun hujan.

Seorang penduduk, Mat Nasir Muda berkata, jika penduduk tempatan, mereka akan lebih peka dengan tanda-tanda awal kepala air.

“Kebanyakannya orang luar lah, yang meninggal lemas, semua orang luar belaka.

“Kalau orang-orang kampung kita ni, tidak kebetulan lah nak kena tu kerana dari segi orang kampung ni peka dengan tanda-tanda awal fenomena kepala air itu,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: 9 mayat sudah ditemui, 1 masih hilang

Seorang lagi penduduk, Dillah Hashim pula kesal kerana tiada notis amaran awal diberi berhubung fenomena kepala air.

“Sepatutnya kena lebih peka dengan keadaan sungai memandangkan sekarang ini hujan kerap berlaku di kawasan sekitar,” katanya.

Dillah Hashim

Mohd Yusof Sulong, 60 pula berkata, kejadian petang kelmarin mengejutkan semua penduduk.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: Seluruh keluarga gembira pergi berkelah, bawa bakul makanan, alatan memasak 

“Tahun lepas ada kejadian lemas membabitkan seorang pemancing tergelincir di situ tapi bukan membabitkan kejadian fenomena kepala air,” katanya.

“Kejadian kepala air ini mungkin berlaku ketika hujan lebat pada sebelah petang kelmarin. Biasanya kepala air berlaku sebaik hujan lebat bermula di kawasan Hulu Kemaman sebelum gelombangnya sampai di kawasan perkelahan itu.

“Biasanya bila hujan berlaku, penduduk kampung akan menasihati orang ramai supaya segera meninggalkan tempat perkelahan itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa sekeluarga mungkin pertama kali berkelah dan mungkin juga ketika kejadian hanya keluarga itu sahaja berada di situ.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tragedi kepala air: Mayat ketiga dan keempat ditemui

“Penduduk Kampung terkejut dengan kejadian itu selepas menemui mayat seorang wanita terapung sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

“Petang kelmarin memang hujan sangat lebat di sini dan sebelah hulu dan hujan berhenti sepenuhnya sehingga ke awal pagi semalam. Saya percaya sangat kuat, bayangkan mayat yang pertama itu dihanyutkan sejauh 24 kilometer,” katanya yang turut menyertai operasi mencari mangsa.

Sementara itu, penemuan tujuh lagi mayat  hari ini menjadikan keseluruhan mangsa dijumpai adalah sembilan orang termasuk dua beranak, semalam.

Aritkel berkaitan: [VIDEO] Operasi SAR diperluaskan sehingga 35km hingga muara Sungai Kemaman

Sembilan beranak iaitu Karim Abdullah, 39, isterinya Azizah Eiyi, 40; dan anak-anak mereka, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Manakala, seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Loading...
Terkini