KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat SAR lapan lagi mangsa yang dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, di sini dihentikan petang ini.
Difahamkan, operasi SAR dihentikan jam 6 petang tadi berikutan pihak berkuasa bimbang berlaku fenomena kepala air.
Operasi mencari dan menyelamat lapan lagi mangsa akan disambung pada jam 9 pagi esok.
Artikel berkaitan: Tragedi kepala air : Dua mangsa lemas dikenal pasti ibu dan anak
Menurut sumber Buletin TV3, 10 sekeluarga terbabit dilaporkan berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang.
Mayat pertama seorang wanita berusia 40-an ditemui terapung kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Manakala mayat kedua seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Mayat 2 korban tragedi kepala air ditemui, 8 lagi dikhuatiri hilang
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, mangsa dipercayai berusia 4 hingga 40 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan tujuh perempuan.
Difahamkan kesemua mangsa ke lokasi kejadian untuk berkelah kira-kira jam 3 petang semalam.
Tambahnya, hujan lebat sekitar jam 6 petang semalam menjadi punca fenomena kepala air.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Operasi SAR diperluaskan sehingga 35km hingga muara Sungai Kemaman