Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air: Kawasan perkelahan Jeram Mawar ditutup

KUALA TERENGGANU: Kawasan Perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, diarah ditutup sementara daripada dikunjungi orang ramai, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman.

Ia susulan tragedi kepala air melibatkan 10 mangsa dengan sembilan daripadanya sekeluarga.

Artikel penuh: Tragedi kepala air, pertama kali berlaku di Jeram Mawar – Penduduk 

Jelas beliau, kerajaan negeri meminta semua agensi berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan negeri (JPN) memasang tali amaran dan papan tanda pemakluman arahan itu.

“Kita tutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.

“Orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada dengan fenomena kepala air yang sering berlaku di kawasan perkelahan,” katanya selepas menyampaikan taklimat cadangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mewujudkan Payang Walk dan Operasi Beca Warisan, di sini, hari ini.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: Bapa reda hilang sembilan ahli keluarga sekelip mata

Dalam kejadian semalam, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang yang berkelah di situ dihanyutkan kepala air.

Setakat ini, sembilan mayat sudah ditemui termasuk dua beranak semalam.

Seorang lagi masih hilang.

Loading...
Terkini