Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air: Bapa reda hilang sembilan ahli keluarga sekelip mata

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Azizah Eiyi, 40, reda atas kejadian luar jangka yang menimpa.

Eiyi Johari, 60,  menyifatkan kejadian berlaku sebagai ujian buat dirinya dan keluarga.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: 9 mayat sudah ditemui, 1 masih hilang

Menurutnya pada hari mangsa keluar  ke Jeram Mawar untuk berkelah,  dia  tiada di rumah kerana bekerja.

Hanya isterinya ada di rumah dan mangsa ada memberitahu mereka sekeluarga mahu berkelah.

”Saya gi kerja, mak dia tahu makcik tahu.

“Saya pasrah dengan ujian besar ini .. saya masih lagi terkejut”, katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: Seluruh keluarga gembira pergi berkelah, bawa bakul makanan, alatan memasak 

Dalam kejadian itu, Eiyi  kehilangan sembilan ahli keluarga termasuk anak, Allahyarham Azizah, 40 menantu, Karim Abdullah, 39 dan tujuh cucu iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim,14; Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Setakat tengah hari ini, kesemua mayat sembilan sekeluarga itu sudah ditemui.

Seorang lagi masih hilang.

Loading...
Terkini