comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air: Mayat ketiga dan keempat ditemui

 

Oleh : Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Dua lagi mayat tragedi kepala air di Jeram Mawar, Blok 6 Sungai Air Putih, Kemaman ditemui.

Kedua-dua mayat ditemukan di kawasan berasingan kira-kira jam 11.05 dan 11.25 pagi tadi.

Mayat yang ditemukan disahkan sebagai Muhammad Ziqree Karim, 6 tahun.

@buletintv3

Mayat ketiga dan keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar di Kemaman, Terengganu ditemui pada 11 dan 11.25 pagi tadi. #buletintv3 #jerammawar #kepalaair

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

 

Difahamkan mayat mangsa dijumpai di Sektor B (SAR) Sungai Teladas.

Satu lagi mayat yang dijumpai belum dikenal pasti identitinya, tetapi disahkan  mayat kanak-kanak perempuan.

Pihak media masih menunggu pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Artikel berkaitan: Mayat mangsa lemas tragedi kepala air dibawa ke HSNZ

Kru kami ketika ini ditempatkan di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih.

Pihak berkuasa  membawa keluar mayat dari lokasi penemuan dan  untuk dibawa ke Hospital Kemaman.

Dalam kejadian di Jeram Mawar itu, perkelahan 10 sekeluarga bertukar tragedi apabila dihanyutkan kepala air  kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Mayat pertama ditemui dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40 tahun dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim 11 tahun, kira-kira jam 12.45 tengah hari dan 5.00 petang semalam.

Mayat Azizah ditemui terapung dan dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian, sementara mayat Muhammad Zulqarnain Haikal  tersangkut pada dahan pokok, 2 kilometer dari tempat kejadian.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Operasi SAR diperluaskan sehingga 35km hingga muara Sungai Kemaman

Antara enam lagi mangsa termasuk suami Azizah; Karim Abdullah, 39 tahun serta tunang kepada salah seorang anak perempuan mereka.

Keluarga itu datang dari Felda Lepar Hilir, Kuantan manakala tunang kepada anak mereka, Muhammad Fikri Saliman berasal dari Batu Pahat, Johor.

Loading...
Terkini