Oleh: Fahmi Tajuddin
PETALING JAYA: Siasatan terhadap tragedi Elmina yang melibatkan pesawat N28JV, model Hawker Beechcraft 390 Premier 1, yang terhempas dan meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu telah mengemukakan beberapa penemuan penting.
Antara penemuan utama ialah masalah protokol membabitkan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ oleh juruterbang ketika melakukan pemeriksaan sebelum mendarat, yang dikenal pasti sebagai punca utama nahas tersebut.
Selain itu, siasatan juga mendedahkan bahawa susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol yang ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat.
View this post on Instagram
“Juruterbang Utama ditempatkan di kerusi kanan manakala Pembantu Juruterbang berada di kerusi kiri, yang bertentangan dengan panduan.
“Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah,” ujar kenyataan itu.
Siasatan juga mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran tentang operasi sistem ‘lift dump’ turut menjadi faktor penyumbang kepada nahas ini.
“Pembantu Juruterbang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku,
“Tindakan ini menyebabkan kehilangan daya angkat secara mendadak, sekali gus mengakibatkan kehilangan kawalan pesawat dan kemalangan tragis itu,” tambah kenyataan itu.
Susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol
Selain itu, siasatan juga mendedahkan bahawa susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol yang ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat.
“Juruterbang Utama ditempatkan di kerusi kanan manakala Pembantu Juruterbang berada di kerusi kiri, yang bertentangan dengan panduan. Masalah ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber krew yang lemah,” ujar kenyataan itu.
Latihan kru dan kesedaran yang tidak memadai
Siasatan juga mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran tentang operasi sistem ‘lift dump’ turut menjadi faktor penyumbang kepada nahas ini.
“Pembantu Juruterbang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku,
“Tindakan ini menyebabkan kehilangan daya angkat secara mendadak, sekaligus mengakibatkan kehilangan kawalan pesawat dan kemalangan tragis itu,” tambah kenyataan itu.
Kelemahan pengawasan sewaktu mengendalikan penerbangan
Kesilapan tidak mengikut peraturan berpunca daripada amalan organisasi telah mengurangkan tahap keselamatan dan pematuhan.
Selain itu, kegagalan pengendali pesawat mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk perkhidmatan udara tidak berjadual dan ketidakpatuhan terhadap peraturan Malaysia menunjukkan kelemahan dalam pengawasan operasi.
Masalah komunikasi dalam menentukan keputusan
Proses komunikasi dan pengambilan keputusan yang tidak berkesan dapat dilihat dalam fasa-fasa kritikal penerbangan.
“Ketiadaan taklimat khusus atau amaran tentang operasi sistem lift dump dan keputusan untuk tidak mematuhi protokol tempat duduk yang seharusnya berpunca daripada kekurangan komunikasi dalam membuat keputusan.
Secara keseluruhan, laporan akhir mendedahkan punca nahas ini adalah akibat peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’oleh kru penerbangan semasa menjalankan senarai semak sebelum pendaratan.
Antara faktor penyumbang yang dikenal pasti termasuk penyimpangan daripada prosedur operasi. latihan kru yang tidak memadai, tidak mengikut peraturan, serta kelemahan dalam komunikasi dan pengambilan keputusan.
Justeru, kejadian ini diklasifikasikan sebagai Kehilangan Kawalan – Dalam Penerbangan (LOC-I).
Dalam kejadian pada 17 Ogos tahun lalu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.
Tragedi ini mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.