comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Double Six: Sabah Air beroperasi secara haram – menurut laporan Australia

 

PETALING JAYA: Pesawat yang terjunam di perairan Sembulan, Sabah pada 1976 dan mengorbankan 11 ahli politik didapati beroperasi secara haram.

Tribunal laporan bencana Australia mengatakan, Sabah Air menghantar draf manual operasi pada akhir 1975 tetapi tidak pernah diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (CAD) ketika itu.

“Dari sudut itu, Sabah Air beroperasi secara haram,” menurut laporan didedahkan kerajaan Ausralia hari ini.

Menurut tribunal itu, beberapa fakta ditemui semasa proses siasatan yang mendedahkan bukan sahaja “operasi yang lemah” oleh Sabah Air tetapi juga “kegagalan di pihak CAD” dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang memberi kelulusan.

”Maklumat ini diperincikan sebagai relevan dengan kemalangan itu kerana jika dilihat dengan jelas, lambat laun, satu insiden pasti akan berlaku,” katanya.

Insiden yang lebih dikenali sebagai “tragedi Double Six” itu turut meragut nyawa menteri negeri Salleh Sulong, Chong Thien Vun dan Peter Mojuntin selepas pesawat GAF Nomad yang mereka naiki terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.

Pesawat terhempas pada 1976 meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Susulan kemalangan itu, pembuat GAF Nomad dari Australia dan Jabatan Pengangkutan negara itu melancarkan siasatan untuk membuktikan nahas bukan disebabkan masalah mekanikal.

Laporan itu juga menyatakan pasukan penyiasat kemalangan, GAF dan Jabatan Pengangkutan menyiapkan laporan awal untuk menteri persekutuan yang bertanggungjawab membentangkannya pada mesyuarat Kabinet.

Laporan awal menyatakan punca kemalangan itu ialah juruterbang telah ““membenarkan pesawat membawa beban melebihi had pusat graviti dan keadaan itu menyebabkan pesawat hilang kawalan dan terhempas ketika mahu mendarat”.

Susulan mesyuarat Kabinet, menteri berkenaan enggan mengeluarkan kenyataan akhbar tetapi bersetuju GAF boleh menasihati pelanggan dan pengendalinya bahawa hasil siasatan menjamin struktur integriti pesawat.

Bagaimanapun, pegawai Australia tidak dibenarkan membuat sebarang pendedahan mengenai siasatan tribunal itu kepada umum.

“Menteri menggesa laporan lengkap mengenai tragedi  pada 30 Jun, 1976 dengan menjangkakan Kerajaan Malaysia akan menghebahkan penemuan itu,” kata tribunal berkenaan.

“Kami tidak yakin laporan itu akan disiarkan dalam tempoh waktu tersebut”.

Penulis laporan tribunal itu percaya pengetahuan terperinci mereka tentang pesawat Hound membolehkan mereka membantu dalam penyiasatan dan mempercepatkan satu siri kesimpulan logik.

“Ini terutamanya dengan kegagalan untuk menemui sistem kawalan penerbangan semasa pemeriksaan bangkai pesawat, pengiraan pemuatan dan pertimbangan operasi dan pengendalian,” kata laporan itu.

Dalam laporan itu,  seorang daripada dua juruterbang Nomad Sabah Air yang ditemu bual berkata mereka “tidak pernah peduli untuk mengira secara fizikal muatan pesawat” sebelum berlepas.

Sebaliknya, laporan itu berkata juruterbang mendakwa mereka hanya ‘melihat’ lokasi bagasi berada di dalam tempat penyimpanan pesawat.

.“… dan jika ia kelihatan memuaskan, mereka akan berlepas”.

Loading...
Terkini