comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi bot karam Sungai Baleh: 4 masih hilang

FOTO: JBPM

KAPIT: Seorang lelaki terselamat manakala empat lagi masih hilang dalam insiden bot karam berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong di Sungai Batang Baleh, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat berkata, mangsa yang diselamatkan oleh orang awam dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun.

“Empat lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Iskandar Ibrahim, Jonthan Lambet, Amerson John Nain dan Jack Balan.

“Pasukan anggota bomba dari BBP Kapit dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat selepas menerima makluman berhubung insiden pada jam 5.24 petang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, saksi kejadian mengatakan insiden berlaku jam 5 petang yang mana bot berkuasa tinggi 30hp itu dilihat karam berhampiran perairan Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh.

“Pasukan bomba memulakan usaha mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan teknik pencarian secara permukaan dalam radius 1 kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat.

“Namun atas faktor keselamatan, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan disambung esok,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini