SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah Alhaj terkejut dan berdukacita dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali yang meragut banyak nyawa awal pagi semalam.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Selangor Royal Office, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah di atas tragedi berkenaan.
“Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” demikian perutusan takziah itu.
Difahamkan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka berangkat ke lokasi kejadian hari ini.