Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Su Lee hilang empat ahli keluarga sekelip mata

 

Oleh Izzatie Rizan

SUNGAI BULOH: “Saya hilang empat ahli keluarga serta merta”.

Itu luahan warga emas Beh Su Lee 56 , ibu kepada mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Dia bukan setakat kehilangan anak perempuan yang berusia 35 tahun, tetapi juga menantu 34 dan dua cucu masing masing berusia satu dan enam tahun.

Ini kunjungan kali kedua Su Lee ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB).

Tiga identiti ahli keluarganya sudah dikenalpasti semalam manakala seorang lagi diketahui hari ini.

@buletintv3

“Saya kehilangan empat ahli keluarga, anak perempuan, menantu lelaki dan dua cucu,” – ibu mangsa #BeritaDiTikTok #TanahRuntuh #Mangsa

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

 

“Saya kehilangan empat ahli keluarga, anak perempuan, menantu lelaki dan dua cucu,” katanya terlalu sebak sehingga terpaksa dipapah ahli keluarga.

Kesemua mayat ahli keluarganya dituntut jam 1.25 petang tadi menggunakan dua kenderaan Pusat Peringatan Nirvana.

Setakat jam 2.30 petang ini, 21 mayat mangsa telah dituntut waris masing-masing .

Hanya baki 3 lagi mayat masih berada di Jabatan Forensik HSB.

Pengamal media masih menunggu kemas kini dan maklumat lanjut daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Loading...
Terkini