Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: Orang ramai dinasihat guna laluan alternatif

Laluan alternatif itu membabitkan Jalan Batang Kali – Jalan Ulu Yam Batu Caves – Gombak – Lebuh Raya Karak – Genting Highland. – Foto FB Alexander Nanta Linggi

PETALING JAYA : Kementerian Kerja Raya (KKR) menasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Laluan alternatif itu membabitkan Jalan Batang Kali – Jalan Ulu Yam Batu Caves – Gombak – Lebuh Raya Karak – Genting Highland.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kiriman di Facebook.

Peta laluan alternatif itu turut dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Loading...
Terkini