comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Mayat mangsa terakhir dikenal pasti – NADMA

Mangsa terakhir dibawa keluar oleh anggota penyelamat dari lokasi kejadian tanah runtuh FatherÕs Organic Farm, Batang Kali pada 24 Dis lalu. – FOTO : NSTP

PETALING JAYA: Identiti mayat mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang ditemukan kelmarin sudah dikenal pasti.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini, korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

 

NADMA dalam kenyataan itu turut memaklumkan kesemua proses bedah siasat untuk kesemua mayat selesai dijalankan, dikenal pasti dan telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.

Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Kelmarin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh berakhir selepas mayat terakhir ditemukan oleh pasukan SAR dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan di Sektor A.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, 16 Disember lepas itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Loading...
Terkini