BATANG KALI: Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini.
Penemuan terbaharu di kawasan pencarian sektor C itu menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, empat mayat berkenaan terdiri daripada masing-masing seorang kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, wanita dewasa dan lelaki dewasa.
Terdahulu, operasi pencarian bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.
Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.
Daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.