Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: KSN turun lawat tapak tanah runtuh

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turun melawat kawasan tragedi tanah runtuh.- Foto: JBPM

HULU SELANGOR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turun melawat kawasan tragedi tanah runtuh bagi mendapat maklumat terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki 9 lagi mangsa yang belum ditemui.

Turut sama ke lokasi kejadian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut Pusat Pengurusan Operasi, JBPM, sehingga jam 3.30 petang, pencarian di 3 sektor iaitu Sektor A (Kem Hill View), Sektor B (Kem Farm View) dan Sektor C (Kem Riverside) masih belum menjumpai apa-apa.

“Pagi tadi, dua alat Ground Penetrating Radar (GPR) telah diterima daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM dan Syarikat Geoventure Solution yang digunakan bagi tujuan untuk membantu mengesan lokasi mangsa yang masih tertimbus. Alat tersebut mampu mengesan objek dengan kedalaman 3 hingga 5 meter,” jelas JBPM menerusi kenyataan kemas kini di Facebook.

“Setinggi terima kasih diucapkan kepada pihak NADMA dan JUPEM diatas inisiatif dan kerjasama yang sangat baik di dalam usaha operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh ini.”

Loading...
Terkini