comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: KPDN beri bantuan sukarelawan, makanan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata bantuan diberikan serta-merta bagi memastikan kelancaran operasi pasukan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

“Kita berdoa semoga pasukan penyelamat akan dapat menjalankan tugas mereka dan mudah-mudahan mereka yang terperangkap akan dapat diselamatkan,” katanya selepas merasmikan Ops Terjah KPDN, di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 100 orang dikatakan berada di tapak perkhemahan berdekatan ladang organik, Father’s Organic Farm, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan. – BERNAMA

Loading...
Terkini