
SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini, pagi ini untuk melawat keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi semalam.
Ketika ditemui di pekarangan jabatan itu, Hannah yang tiba jam 10.02 pagi tadi turut memaklumkan, suami kepada salah seorang mangsa adalah ahli DAP dan isterinya itu belum ditemui hingga kini.
Hari kedua operasi mencari dan menyelamat digerakkan pagi tadi bagi mengesan baki 12 mangsa yang masih hilang.
Ia selepas ditangguhkan malam tadi kerana hujan.
Setakat malam tadi, 21 orang disahkan meninggal dunia manakala 61 lagi diselamatkan daripada keseluruhan 94 mangsa.