Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
BATANG KALI: Seorang petugas mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm di sini dikejarkan ke hospital.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan anggotanya, Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffry pengsan semasa menjalankan tugas akibat dehidrasi.
“Anggota berkenaan merupakan petugas APM Sabak Bernam” katanya
Ambulans yang membawa Mohd Faiq dilihat meninggalkan kawasan operasi sekitar jam 2 petang tadi.
Difahamkan beliau dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan berkenaan memasuki hari kesembilan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang hilang.
Seorang anggota SAR Tragedi Tanah Runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm dikejarkan ke hospital.
Difahamkan anggota terbabit pengsan semasa menjalankan tugas akibat dehidrasi.@BuletinTV3 pic.twitter.com/vfeTkRYgUz
— Hamdi Fahmi (@hamdiNewsMPB) December 24, 2022